SMK LEMBAH SUBANG PART 1

6 Mac 2020

Pada hari jumaat bertarikh 6 Mac 2020, telah diadakan program jalinan masyarakat di SMK Lembah Subang. Program ini melibatkan 37 pelajar Tingkatan 4 SMK Lembah Subang dan 26 mahasiswa/i Tahun 1 Sains Bioperubatan Universiti Malaya. Program ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar akan modul 3 : DNA Extraction.

Program ini berlangsung sejurus tibanya mahasiswa/i di SMK Lembah Subang dari Universiti Malaya pada jam 9:00 pagi.
Dataran SMK Lembah Subang

Dr. Puah Suat Moi memberi taklimat ringkas untuk perlancaran program.

9.30 a.m.
Semua pelajar telah berkumpul di Makmal Sains 1. Program ini dimulakan dengan sesi pengenalan  setiap fasilitator dan diteruskan dengan taklimat ringkas akan tentatif sepanjang program oleh ketua kumpulan 1 iaitu Adlina.
Makmal Sains 1 SMK Lembah Subang 

Sesi pengenalan setiap fasilitator


9.45 a.m.
Slot pertama yang dijalankan adalah pembentangan Modul 3: DNA Extraction oleh Haris, Kai Xin dan Najwa. Sesi pembentangan berlangsung menggunakan dwibahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di Makmal Sains 1. Fasilitator yang lain ditempatkan di setiap meja pelajar bagi bersiap sedia untuk menjawab pertanyaan yang diajukan oleh pelajar dan juga menerangkan secara terperinci kepada mereka berkaitan tajuk yang dibentangkan.

Sesi pembentangan Modul 3

10.45 a.m.
Fasilitator telah dibahagikan kepada 7 kumpulan (2 ke 3 fasilitator setiap kumpulan) dengan memilih meja yang telah disediakan bahan eksperimen. Pelajar diminta masuk semula ke makmal sains selepas rehat dan memilih kumpulan yang mereka mahukan. Untuk slot Eksperimen 1 dan Eksperimen 2, Kamal dan Haziq mengetuai eksperimen ini di hadapan dan memberi demonstrasi kepada pelajar untuk membuat eksperimen dengan bimbingan fasilitator.
Bahan-bahan yang digunakan untuk Eksperimen.


Demostrasi oleh fasilitator untuk setiap eksperimen.

EKSPERIMEN 1 ( DNA Extraction menggunakan sel pipi)

Pelajar memasukkan detergent kedalam sebatian sel pipi mengikut sukatan yang betul.

Hasil DNA Extraction sel pipi yang berjaya oleh seorang pelajar.


EKSPERIMEN 2 ( DNA Extraction menggunakan  sel buah-buahan)

Pelajar sedang menapis larutan (detergen, garam, air, serat buah-buahan) dengan bantuan fasilitator.


Antara hasil DNA Extraction sel buah tomato yang diperoleh oleh seorang pelajar.

12.00 p.m.
Program ini diteruskan dengan sesi menjawab kuiz yang diketuai oleh Muiz dan Koh.




Pelajar- pelajar bersemangat untuk menjawab kuiz yang diberikan.
Para pelajar teruja kerana mendapat hadiah setelah berjaya menjawab kuiz.

12.20 p.m.
Sesi bergambar bersama pensyarah, guru kelas, fasilitator tahun 1 Sains Bioperubatan Universiti Malaya serta pelajar SMK Lembah Subang yang terlibat.






Setingi-tinggi penghargaan diberikan kepada SMK Lembah Subang kerana sudi menerima kami terutamanya 37 pelajar Tingkatan 4 SMK Lembah Subang dan Cikgu Elliana. Juga sekalung penghargaan terhadap Dr. Puah Suat Moi, Dr. Kee Boon Pin dan Dr. Chai Hwa Chia kerana telah membimbing kami dalam menjalankan program ini.

Sebagai konklusi untuk aktiviti yang dijalankan, kami dapat menimba ilmu pengetahuan yang baru dan pengalaman yang berharga dalam berkongsi akan ilmu pengetahuan.




Comments

Popular posts from this blog

D-Day Aktiviti di SMK (P) Sri Aman

Social Engagement Videos