Siti Noor Fahtiha binti Ishak (MIC180044)

GIG1005 JALINAN MASYARAKAT 
Esei Refleksi Diri 


Siti Noor Fahtiha binti Ishak (MIC180044) Tarikh: 22 Mac 2020 


Pada 28 Februari 2020, saya telah menyertai satu program Jalinan Masyarakat yang diadakan di SMK (P) Sri Aman. Seramai 37 orang mahasiswa/i tahun 2 Sains Bioperubatan Universiti Malaya dan 40 orang pelajar Tingkatan 4 SMK (P) Sri Aman telah terlibat dalam menjayakan program jalinan masyarakat ini. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar akan ilmu pengetahuan berkaitan ‘DNA Extraction’. Seperti yang diketahui umum, ‘DNA Extraction’ adalah antara topik yang agak sukar untuk difahami terutamanya bagi pelajar-pelajar Tingkatan 4. Justeru, pelajar-pelajar diharapkan dapat menerima sedikit sebanyak input berkenaan “DNA Extraction’ sekaligus dapat menarik minat mereka untuk melibatkan diri dalam bidang sains perubatan/kesihatan kelak. Melalui program ini, terdapat banyak manfaat yang saya perolehi dan juga kelemahan yang harus saya atasi. Saya percaya bahawa kelebihan dan manfaat yang saya perolehi patut saya gunakan untuk mengatasi dan memperbaiki kelemahan yang saya kenal pasti melalui penyertaan saya dalam program Jalinan Masyarakat ini. Sewaktu program sedang berlangsung, para pelajar dilihat amat tekun mendengar perincian-perincian berkaitan ‘DNA Extraction’ yang disampaikan oleh dua orang wakil mahasiswi kami. Mereka dilihat amat tertarik dengan aktiviti-aktiviti yang bakal mereka lakukan sepanjang hari itu bersama-sama kami. Aktiviti mengekstrak DNA daripada sel pipi dan sel buah-buahan adalah antara aktiviti-aktiviti yang paling disukai oleh para pelajar. Mereka dilihat amat kagum ketika melihat hasil daripada ‘DNA Extraction’ dan kami sempat merakam momen-momen indah itu dan gambar-gambar serta video mereka ada kami muat naik di dalam blog khas untuk aktiviti jalinan masyarakat kami ini. Kami juga berhadapan dengan beberapa rintangan sewaktu mengendalikan aktiviti ini. Namun begitu, masalah-masalah yang dihadapi tidaklah menjadi satu halangan untuk kami menyelesaikan tugasan dalam mengendalikan program ini dengan jaya sehingga keakhirnya. Antara rintangan-rintangan yang dihadapi kami adalah daripada segi pengangkutan. Kami bertolak ke SMK (P) Sri Aman menggunakan kereta ketika jam makan tengahari dan kami terpaksa berhadapan dengan kesesakan lalu lintas. Namun begitu, kami semua berjaya sampai ke destinasi tepat pada waktunya. Selain itu, kami juga mempunyai masalah pada sesi menjawab kuiz. Terdapat beberapa percanggahan pendapat tentang jawapan-jawapan untuk sesetengah soalan yang diberikan kepada pelajarpelajar. Walau bagaimanapun, masalah ini tidak mematahkan semangat saya untuk terus melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sebegini pada masa yang akan datang. Halanganhalangan yang dihadapi mengajar saya agar lebih bersedia dan peka dalam segenap hal dan tidak mengambil mudah akan sekecil-kecil hal sekalipun. Program ini mengajar saya akan cara-cara mengendalikan aktiviti yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah. Tambahan pula, ini adalah program pertama saya mengendalikan pelajar-pelajar sekolah menengah dan pengalaman yang saya perolehi ini adalah amat berharga dan banyak memberi pengajaran kepada saya daripada pelbagai aspek. Saya juga ditugaskan sebagai ‘runner’ aktiviti pada hari kejadian dan ia memerlukan saya untuk peka pada setiap arahan yang diberikan oleh ketua agar program dapat berjalan dengan lancar. Perkara ini banyak menyedarkan saya bahawa masa itu emas dan saya perlu menggunakan masa dengan sebaik-baiknya. Di samping itu, program ini juga banyak mengajar saya akan erti sabar. Sebagai contoh, para fasilitator perlu memastikan bahawa setiap pelajar faham akan aktiviti yang mereka bakal lakukan terutamanya untuk sesi mengekstrak DNA agar tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Terima kasih kepada kos Jalinan Masyarakat kerana memberi peluang kepada kami untuk dapat melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan mengendalikan para pelajar sekolah menengah dan juga kami dapat membuka minda pelajarpelajar ini tentang keseronokan sains terutamanya untuk sains bioperubatan. Tahniah juga kepada mahasiswa/i kerana berjaya mengendalikan program ini dengan jayanya dan setiap ahli telah memberikan kerjasama yang sangat baik sebelum, semasa dan selepas program ini diadakan. (567 patah perkataan)

Comments

Popular posts from this blog

SMK LEMBAH SUBANG PART 1

D-Day Aktiviti di SMK (P) Sri Aman

Social Engagement Videos