SMK (P) Sri Aman

Special thanks to all SMK (P) Sri Aman participants especially Teacher Evelyn Soon, Teacher Bahiyah and 40 students of Form 4 who helped and contributed to making this programme a fabulous success. Also thank you to Dr. Puah Suat Moi and Dr. Chai Hwa Chia, senior lecturer from Department of Biomedical Science for guiding us. We also appreciate CITrA and UMCARES for funding this programme.


Pada 28 Februari 2020, satu aktiviti bersama 40 orang pelajar SMK (P) Sri Aman telah diadakan. Seramai 37 orang mahasiswa/i tahun 2 Sains Bioperubatan Universiti Malaya telah terlibat dalam menjayakan program jalinan masyarakat yang bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada pengetahuan tentang 'DNA Extraction'. Mahasiswa/i bertolak dari Universiti Malaya pada jam 12:00 p.m. dan tiba di SMK (P) Sri Aman pada jam 12:40 p.m.




Dewan SMK (P) Sri Aman.


Mahasiswa/i menunggu dan menyambut kedatangan pelajar-pelajar.



1:00 p.m.
Aktiviti dimula dengan sesi pengenalan tentang aktiviti-aktiviti yang bakal dilakukan pelajar-pelajar SMK (P) Sri Aman oleh dua orang mahasiswi Sains Bioperubatan iaitu Rajwa dan Syafiqah. Pelajar-pelajar dilihat amat tertarik dan berminat dengan aktiviti-aktiviti yang bakal mereka lakukan sepanjang program tersebut. Mereka mencatat nota penting untuk membuat persediaan bagi sesi menjawab kuiz pada akhir program nanti.









Sesi pengenalan kepada 'DNA Extraction'.



Sewaktu sesi pengenalan sedang berlangsung, seramai 8 orang mahasiswa/i menyediakan bahan-bahan yang akan digunakan untuk aktiviti 'DNA Extraction'  di makmal biologi SMK (P) Sri Aman.


Makmal biologi SMK (P) Sri Aman.


Mahasiswa/i Sains Bioperubatan tekun menyediakan bahan-bahan untuk 'DNA Extraction'.


8 orang mahasiwa/i yang terlibat dalam menyediakan bahan-bahan.



2:00 p.m.
Semua pelajar SMK (P) Sri Aman dan mahasiswa/i Sains Bioperubatan Universiti Malaya bergerak menuju ke makmal biologi untuk menjalankan aktiviti seterusnya iaitu DNA Extraction. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada 7 kumpulan (6 individu per kumpulan) dan seramai 2 fasililator dari kalangan mahasiswa/i ditetapkan untuk setiap kumpulan bagi membimbing pelajar-pelajar tersebut. 


Bahan-bahan untuk 'DNA Extraction'.


Pelajar-pelajar SMK (P) Sri Aman teruja untuk memulakan aktiviti 'DNA Extraction'.



(AKTIVITI 1)
Melakukan DNA Extraction menggunakan sel pipi.

Pelajar-pelajar sedang berkumur bagi memperoleh sel pipi.


Pelajar memasukkan setitis detergent kedalam sebatian sel pipi.



Pelajar sedang memasukkan larutan alkohol kedalam sebatian sel pipi.



Pelajar-pelajar dilihat teruja melihat hasil DNA Extraction dari sel pipi mereka.



Antara hasil DNA Extraction sel pipi yang berjaya diperoleh seorang pelajar SMK (P) Sri Aman.




(AKTIVITI 2)
Melakukan DNA Extraction menggunakan sel buah-buahan.

Pelajar sedang bersemangat menumbuk buah-buahan menjadi sebatian halus bagi memperoleh DNA dari sel buah tersebut.



Pelajar sedang menyediakan larutan untuk dimasukkan kedalam buah yang telah dihancurkan tadi. (kandungan larutan - lysis buffer: detergent, garam dan air)



Larutan dimasukkan ke dalam beg yang mengandungi sel buah-buahan.




Pelajar bersungguh-sungguh memastikan larutan bersama sel buah-buahan tersebut bercampur dengan sebati.



Sebatian ditapis menggunakan kertas turas bagi memperoleh campuran bersih tanpa sebarang serat buah-buahan.



Pelajar-pelajar bersama fasilitator mereka teruja menunjukkan hasil DNA Extraction yang diperolehi mereka.



(AKTIVITI 3)
Sesi menjawab kuiz.

Pelajar-pelajar bersemangat untuk menjawab kuiz yang diberikan kepada mereka.



Antara para pemenang sesi menjawab kuiz.



3:45 p.m.
Aktiviti-aktiviti bersama pelajar SMK (P) Sri Aman tamat. Program diakhiri dengan sesi penerimaan hadiah penghargaan oleh guru-guru SMK (P) Sri Aman kepada pensyarah-pensyarah Sains Bioperubatan Universiti Malaya yang terlibat. Mahasiswa/i dan pelajar-pelajar sekolah dibenarkan pulang pada jam 4:00 p.m.



Teacher Evelyn Soon memberikan hadiah penghargaan kepada Dr. Puah.



Teacher Evelyn Soon memberi hadiah penghargaan kepada Dr. Chai.



(Dari kiri: Teacher Bahiyah, Teacher Evelyn Soon, Dr. Chai dan Dr. Puah)






Sesi bergambar pensyarah, guru, mahasiswa/i tahun 2 Sains Bioperubatan Universiti Malaya serta pelajar SMK (P) Sri Aman yang terlibat.




Sebagai konklusi untuk aktiviti yang dijalankan ini, kami dapat menimba ilmu pengetahuan baharu yang tidak dapat dipelajari di dalam kelas. Aktiviti ini juga sedikit sebanyak telah membuka minda kami untuk berfikir dan bertindak sebaik mungkin untuk memastikan keadaan bersama pelajar itu terkawal. Kami juga dapat bergembira bersama para pelajar di samping memastikan bahawa objektif untuk berkongsi ilmu tentang DNA Extraction tercapai.Tambahan pula, para pelajar mampu didedahkan tentang kursus sains bioperubatan sebagai salah satu kursus alternatif dalam bidang sains kesihatan. 

Comments

Popular posts from this blog

SMK LEMBAH SUBANG PART 1

D-Day Aktiviti di SMK (P) Sri Aman

Social Engagement Videos