Azinuredayu Amira Binti Azmi (MIC180008)
GIG1005 JALINAN MASYARAKAT
“Reflective Writing”
SMK (P) SRI AMAN
Azinuredayu Amira Binti Azmi (MIC180008) 8 Mei 2020
Pada hari ini, dunia semakin maju dengan arus pemodenan. Perkembangan teknologi
turut membantu manusia sejagat dalam menjalani kehidupan. Hal ini dikatakan demikian
kerana tedapatnya ilmu Sains yang semakin hari semakin bertambah. Walau bagaimanapun,
tidak ramai masyarakat pada hari ini didedahkan dengan ilmu Sains. Oleh hal yang demikian,
sebagai seorang yang berpelajaran tinggi, kita haruslah berkongsi ilmu pengetahuan
terutamanya kepada golongan remaja yang merupakan pewaris pada masa hadapan.
Pada tanggal 28 Februari 2020, saya dan rakan-rakan seperjuangan Sains
Bioperubatan dan diiringi oleh pensyarah-pensyarah telah mengadakan program
perkongsiaan tentang Sains “DNA fingerprinting” di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sri
Aman. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal tentang kemajuan bidang
Sains kepada pelajar-pelajar sekolah menengah. Perkara yang dikongsikan ialah tentang
“DNA fingerprinting”. Kepentingan dan kelebihan dalam perkara ini telah dikongsikan dan
banyak sumbangan “DNA fingerprinting” kepada kita hari ini terutamanya dalam kes
jenayah. Semasa hari kejadian, pelajar-pelajar sekolah rendah begitu teruja dengan aktiviti-
aktiviti yang dilakukan. Pelajar-pelajar ini telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan
setiap kumpulan terdapat seorang “fasilititator”. Tugas seorang “fasilititator” ini tidak mudah
untuk dijalankan seandainya kita tidak diberikan pendedahan awal. Sebelum berlangsungnya
program ini, kami telah diberikan krusus pendedahan awal oleh pensyarah-pensyarah kami
yang dipanggil sebagai “internal workshop” tentang apa yang bakal dikongsikan bersama
pelajar-pelajar tersebut.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah demontrasi eksperimen pengasingan
DNA atau “DNA extraction”. Selain itu, aktiviti lain yang dilakukan ialah kuiz. Penyertaan
pelajar-pelajar di sekolah ini amat memuaskan. Mereka memberikan kerjasama yang baik
kepada kami sepanjang program ini berlangsung. Melalui program ini, kami juga dapat
melihat wajah-wajah generasi warisan negara ini tersenyum dan bergelak ketawa sambil
belajar. Kami sebagai “fasilitator” ini berasa sangat gembira dan teruja kerana dapat
berkongsi ilmu dengan mereka sekali gus dapat mengasah kemahiran dan dapat
meningkatkan keyakinan ketika berhadapan dengan orang ramai. Di samping itu, menjadi
seorang “fasilitator” ini sebenarnya telah memakan banyak tenaga dan kemahiran kerana
untuk menyampaikan sesuatu ilmu itu tidaklah mudah. Ini mengingatkan kami tentang tugas
seorang pendidik seperti guru atau pensyarah yang tidak pernah kenal erti penat lelah dalam
mendidik anak-anak bangsa demi menjadikan mereka sebagai seorang insan yang berguna
pada masa akan datang. Saya juga turut bersyukur kerana rakan-rakan seperjuangan saya
turut memberikan kerjasama yang baik untuk menjayakan program ini. Tanpa kerjasama
yang utuh ini, program tidak akan berjaya sampai ke akhirnya. Tidak dilupakan juga tunjuk
ajar daripada pensyarah-pensyarah kami untuk mejayakan program ini. Setiap orang daripada
kami juga telah dibahagikan tugas masing-masing. Perjalanan kami ke sekolah ini telah
diuruskan dengan baik oleh biro logistik. Saya sendiri juga berperanan sebagai seorang
“fasilitator”. Saya berasa sangat bersyukur kerana semua pelajar dalam kumpulan saya
menunjukkan minat yang mendalam dalam perkongsiaan yang saya kongsikan bersama
mereka.
Terdapat seorang pelajar menyatakan bahawa dia sangat bertuah kerana dapat kenal
dengan kami. Mereka menyatakan bahawa mereka berasa seronok belajar bersama kami.
Mereka juga berasa bertuah kerana sekolah mereka telah dipilih oleh kami untuk mengadakan
program sebegini. Saya juga merasakan tuah itu kerana bagi saya program ini bukan mudah
untuk dijalankan kerana hal ini melibatkan dua buah pihak iaitu pihak sekolah dan pihak
universiti. Pada penghujung program ini, kami memberikan boring soal selidik. Setiap pelajar
menjawabnya dengan jujur. Sesi penyampaiaan hadiah juga diadakan sebagai tanda
penghargaan kepada para pelajar yang berjaya menjawab kuiz dengan betul. Suasana ketika
ini amat gembira dan saya sendiri dapat menilai yang mereka dapat memahami apa yang
kami sampaikan. Tambahan lagi, saya berasa sangat berpuas hati dengan rakan-rakan saya
kerana kami berjaya mengeratkan hubungan silaturahim antara para pelajar, guru-guru dan
semestinya kami semua sebagai penuntut universiti. Setiap yang berlaku telah dirakam dalam
setiap gambar yang diambil untuk dijadikan sebagai kenangan pada masa hadapan.
Kesimpulanya, pengalaman yang saya peroleh melalui program ini banyak mengajar
saya erti kerjasama, tolak ansur dan tanggungjawab. Saya berasa sangat bersyukur kerana
telah diberikan peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat. Program Jalinan Masyarakat
ini haruslah diteruskan bagi melahirkan insan yang tahu bergaul dengan masyarakat.
Mendekati masyarakat adalah tanggungjwab bersama. Saya juga berharap agar saya dapat
meneruskan usaha murni ini untuk membantu masyarakat untuk lebih celik tentang dunia
luar. Bukan itu sahaja, saya juga berharap agar penuntut universiti yang lain tidak hanya
pandai dari segi akademik sahaja tetapi mereka juga pandai berbakti kepada masyarakat.
Jalinkan hubungan sesama insan supaya hubungan yang baik ini dapat membentuk negara
yang lebih maju dan aman.
(703 patah perkataan)
Comments
Post a Comment