NUR MADIHAH BINTI YAAKOB (MIC190037)
GIG1005 SOCIAL ENGAGEMENT
REFLECTIVE ESSAY
NUR MADIHAH BINTI YAAKOB MIC190037 19 APRIL 2020
Pada penghujung semester satu, semua pelajar tahun pertama dan kedua jurusan Sains Bioperubatan dipanggil oleh pensyarah yang dipertanggungjawabkan untuk mengajar kursus ini iaitu Dr Puah bagi menerangkan serba sedikit tentang aktiviti yang bakal dijalankan bagi kursus ini. Pada awalnya saya kurang jelas tentang apa yang perlu dilakukan tetapi atas ketekunan Dr Puah yang terus berhubung dengan pelajar melalui emel untuk menerangkan dengan lebih lanjut tugasan yang perlu dilakukan meskipun ketika cuti semester membantu saya untuk lebih memahami tentang tugasan ini. Muncul juga sedikit perasaan gentar dalam diri saya kerana seperti yang dimaklumkan kursus ini memerlukan interaksi dengan pelajar sekolah tetapi diri saya yang pendiam dan agak sukar untuk berinteraksi ini menganggap perkara ini merupakan satu cabaran dan peluang untuk saya memperbaiki diri sendiri. Setiap pelajar ditetapkan kumpulan masing-masing serta diberikan modul yang perlu diselesaikan untuk dipraktikkan bersama pelajar- pelajar di sekolah yang bakal kami kunjungi nanti. Kumpulan saya (Kumpulan 2, Tahun 1) perlu menyediakan modul bertajuk ‘The Secret of Life: DNA’. Atas keberkesanan interaksi di kalangan ahli kumpulan,kami berjaya menyiapkan modul tersebut meskipun terdapat pelbagai perkara didalam satu modul itu seperti slideshow,kuiz dll.
Sebelum mengunjungi sekolah yang telah ditetapkan setiap pelajar perlu menghadiri satu bengkel untuk mengetahui dengan lebih jelas tentang aktiviti yang bakal dijalankan bersama para pelajar serta mengaplikasikan sendiri bagaimana aktiviti itu bakal dijalankan.Tanggal 13 Mac 2020 telah dipilih oleh kumpulan kami untuk menjalankan bengkel tersebut. Pelbagai aktiviti telah diperkenalkan oleh Dr Puah kepada kami selaras dengan modul yang bakal kami bentangkan iaitu ‘Microbes and Hygienes’. Antara aktiviti yang dijalankan ialah menyediakan mini mikroskop secara DIY. Seterusnya kami dibahagikan kepada kumpulan kecil dan setiap kumpulan diberikan belon pelbagai bentuk mengikut bentuk yang sesuai bagi mikroorganisma. Dengan ini, pelajar sekolah dapat didedahkan dengan lebih jelas tentang bentuk dan ciri mikroorganisma tersebut. Sesuai dengan tajuk kami ‘Hygienes’, kami juga melakukan aktiviti berkaitan amalan yang betul yang perlu dipraktikkan ketika bersin dan mencuci tangan. Bagi menampakkan lagi dengan lebih jelas kesan jika tidak mempraktikkan amalan yang betul ketika bersin, kami melakukan aktiviti seperti mengukur jarak cecair pewarna(bakteria) di atas kertas mahjong. Kami juga menggunakan serbuk yang boleh dilihat di bawah cahaya uv untuk mengaplikasikan kesan bersalaman dan tidak mencuci tangan dengan betul. Melalui bengkel ini saya berasa sangat teruja serta dapat menambahkan lagi pengetahuan kerana dapat melakukan aktiviti ini secara praktikal sedangkan selama ini hanya melalui teori. Hubungan di antara ahli kumpulan juga dapat dieratkan serta kami juga sudah tidak berasa janggal untuk berkomunikasi kerana pelbagai aktiviti telah dilakukan bersama. Dengan persediaan yang sempurna ini saya berasa lebih bersedia dan tidak sabar untuk mengendalikan aktiviti ini bersama dengan pelajar SMK Seri Pantai.
Kita hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukan. Inilah hakikat yang perlu kami terima apabila Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 Mac 2020 di seluruh negara berikutan kes Covid-19 yang semakin meningkat. Hal ini sekaligus memaksa kami untuk membatalkan perancangan ke Smk Seri Pantai pada 3 dan 10 April 2020 untuk menjalankan aktiviti yang telah disediakan. Perasaan sedih dan kecewa itu tidak dapat digambarkan kerana saya pasti semua ahli kumpulan telah bersedia dan kami juga teruja untuk merasakan sendiri pengalaman yang pernah dilalui oleh pelajar kumpulan lain yang sudah pasti merupakan satu pengalaman yang amat menyeronokkan melalui video dan gambar yang telah dipotretkan. Namun begitu, satu inisiatif telah diambil oleh Dr Puah iaitu dengan menjalankan kursus ini secara atas talian. Kami akan menyediakan dua poster infografik iaitu informasi tentang Covid-19 dan langkah mencuci tangan yang betul. Satu video pencucian tangan yang betul juga kami sediakan. Semua bahan yang telah disediakan ini di muat naik ke blog SMK Seri Pantai. Saya sangat berharap agar mesej dan modul yang perlu kami bawa ini dapat disampaikan dengan jelas kepada semua pelajar sekolah tersebut meskipun bukan secara bersua muka. Soal selidik berkaitan ‘Microbes and Hygienes’ juga dilakukan di kalangan pelajar tahun pertama sehingga tahun akhir jurusan sains bioperubatan untuk mengetahui pendedahan mereka tentang perkara ini. Semua tugasan ini berjaya dibahagikan dan disiapkan dalam masa yang ditetapkan meskipun kami hanya berinteraksi secara atas talian. Hal ini menunjukkan bahawa komunikasi berkesan itu penting dalam mengendalikan sesuatu perkara.
Akhir sekali, jutaan terima kasih dan beribu penghargaan diucapkan kepada Dr Puah di atas segala usaha dan tunjuk ajar yang diberikan oleh beliau sepanjang kami menyiapkan segala tugasan yang diberikan ini. Beliau juga mengorbankan masa dan wang untuk menyediakan bengkel bagi setiap modul. Meskipun saya tidak dapat berinteraksi dengan pelajar sekolah tetapi interaksi di kalangan ahli kumpulan juga membantu dalam meningkatkan keyakinan diri saya. Saya berharap agar kursus seperti ini akan terus dijalankan dan diperbanyakkan pada masa akan datang.

(844 words)
Comments
Post a Comment