Haris Akmal Bin Mohd Khairi (MIC190011)
GIG1005 SOCIAL ENGAGEMENT
Reflective Writing
Haris Akmal Bin Mohd Khairi (MIC190011) Date: 14 March 2020
Pada hari Sabtu, bengkel telah diadakan supaya persediaan yang lebih rapi dapat dilaksanakan. Bengkel persediaan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu pembentangan daripada Dr. Puah dan bengkel persediaan. Bengkel ini dikelolakan oleh Dr Puah, Dr Kee dan pelajar Tahun kedua ijazah sarjana Sains bioperubatan. Bengkel ini terdiri daripada dua jenis eksperimen iaitu cara untuk mengekstrak DNA daripada pipi manusia dan buah-buahan. Melalui eksperimen ini saya dapat mempelajari cara untuk mengekstrak DNA daripada sel pipi manusia yang menggunakan pelbagai jenis peralatan yang boleh didapati di dapur seperti garam, detergen, air masak dan lidi kayu. Terdapat juga bahan yang tidak dapat didapati di dapur seperti isopropanol. Selepas itu, kami beralih kepada tema kedua iaitu bahagian genetic. Kami dikehendaki menyamar sebagai pengawai forensic dan mengenal pasti siapakah suspek yang telah menculik keju kegemaran permaisuri. Kami dikehendaki untuk memotong fragmen DNA menggunakan enzim dengan berpandukan susunan yang telah ditetapkan. Kemudian kami dikehendaki membuat (PCR) menggunakan kertas mahjung dan mengenal pasti siapakan pencuri itu dengan membandingkan corak DNA setiap suspek dengan corak DNA yang dikenalpasti sebagi pencuri.Saya berasa sangat teruja untuk menerangkan kepada para pelajar SMK lembah Subang akan eksperimen yang telah dijalankan.
Program kami, jalinan masyarakat berlangsung sebanyak dua kali iaitu pada 6 Mac 2020 dan 13 Mac 2020. Tema kami pada 6 Mac 2020 ialah DNA manakala pada 13 Mac 2020 ialah genetic. Kami bertolak ke SMK Lembah Subang yang terletak di Petaling Jaya pada pukul 8.15 pagi dan sampai di sana pada pukul 9.00 pagi. Apabila tiba di sana kenangan zaman persekolah menggamit memori kami. Program jalinan masyarakat bermula pada pukul 9.30 pagi. Program ini dimulakan dengan pengenalan para fasilitator yang terdiri daripada pelajar tahun pertama ijazah sains bioperubatan. Saya terlibat sebagai pembentang ketiga yang bertanggungjawab untuk menerangkan tentang DNA. Pada mulanya sangat sukar untuk menerangkan kepada mereka tentang DNA tetapi lama kelamaan mereka semakin faham akan DNA. Sesi kedua bermula pada pukul 10.30 pagi di mana sesi eksperimen bermula. Mereka dikehendaki mengekstrak dna daripada sel pipi mereka. Saya perlu menjadi fasilitator untuk kumpulan 5 dan para pelajar memberikan kerjasama yang baik sepanjang sesi eksperimen berlangsung. Seterusnya sesi yang menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pelajar iaitu sesi kuiz. Para pelajar berebut-rebut untuk menjawab soal yang diajukan oleh para fasilitator kerana mereka akan membawa pulang hadiah yang berharga. Program ini berakhir dengan sesi fotografi Bersama mahasiswa dan pelajar SMK Lembah Subang
Program kedua berlangsung pada 13 Mac 2020 dengan bertemakan genetic. Seperti kebiasaan program ini bermula dengan pembentangan oleh ajk berkenaan genetic. Seterusnya para pelajar diberi masa rehat dan bersambung dengan aktiviti kedua iaitu eksperimen dimana mereka dikehendaki menjadi ahli forensic dan mencari penjenayah yang telah menculik keju permaisuri. Para pelajar sangat teruja dan dapat mempelajari pelbagai ilmu berkenaan genetic dan bagaimana cara untuk mengesan penjenayah melalui ujian genetic. Sesi diteruskan lagi dengan kuiz dimana para pelajar berebut untuk menjawab soalan yang disediaka oleh ajk kuiz. Program ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati daripada Dr Puah kepada pihak sekolah serta sesi fotografi sekali lagi.
Menjadi fasilitator kepada para pelajar SMK lembah subang merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Saya dapat mengasah kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi dengan mereka. Terima kasih kepada kursus jalinan masyarakat yang memberi peluang kepada mahasiswa untuk menjalinkan hubungan dengan pelbagai pihak terutama sekali pihak sekolah. Kami dapat menyumbang bakti kepada pihak sekolah dan para pelajar.
(561 patah perkataan)
Comments
Post a Comment