Muhammad Jabrullah Afiq Bin Shamshol Bohry (MIC180017)

Refleksi Jalinan Masyarakat.

Projek Jalinan Masyarakat merupakan salah satu subjek yang amat membantu kami dalam mengumpul pengalaman yang tidak terhingga dan tidak mampu diungkap dengan kata-kata. Wajah keriangan para pelajar SMK(P) Sri Aman menjadi satu motivasi bagi kami untuk terus mendalami bidang ilmu yang sedang kami hadapi. Sejurus dengan itu, kami berasa berpuas hati kerana reaksi para pelajar dan guru-guru amatlah memberangsangkan dan kami menganggap itu adalah satu pulangan yang amat berharga dan kami pasti akan menyelitkan pengalaman itu menjadi coretan terindah di dalam hidup kami.

Setelah mengadakan aktiviti-aktiviti berilmiah di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sri Aman, kami para pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan telah mendapatkan pelbagai impak yang positif dari sudut dan perspektif yang bervariasi. Antaranya, dari perspektif pelajar Ijazah Sarjana Muda kami dapat mengukuhkan ilmu pengetahuan kami tentang bidang yang ceburi dengan mengajar pelajar-pelajar SMK (P) Sri Aman. 

Di samping itu, dari perspektif generasi yang ingin membangun, dengan berbesar hati kami telah berjaya menanam hasrat kepada para pelajar perempuan untuk menceburi bidang yang sama dan meneruskan impian mereka untuk belajar di menara gading. Walaupun sekejap sahaja kami berada disana, 1001 input dan output yang kami dapati baik dari pelajar SMK(P) Sri Aman, malah guru-guru mereka juga menyumbang  kepada pengalaman kami mengelolakan projek Jalinan Masyarakat.

Akhir kata, hasil dari projek ke SMK(P) Sri Aman adalah sebuah projek yang amat memberi impak positif kepada pelbagai pihak, antaranya kami sendiri, pensyarah kami iaitu Dr. Puah. Kami berharap inisiatif-inisiatif dari semua jawatankuasa mendapat pulangan yang besar dan ternyata kejayaan projek ini telah memuaskan hati kami.

The Social Engagement Project is the one of the subjects that has helped us to deal in countless experiences and words. Happy faces of Sri Aman SME (P) students has been a motivation for us to continue to explore the areas of knowledge we are facing. At the same time, we are grateful that the reaction of the students and teachers has been so encouraging and we consider it a valuable return and we will certainly incorporate that experience into the most beautiful snippet of our lives.

After conducting scholarly activities at the Sri Aman National Secondary School, our undergraduate students in Biomedical Sciences have come up with a variety of positive impacts from varied angles and perspectives. Among them, from the perspective of our undergraduate students we can strengthen our knowledge of the field by teaching Sri Aman SME (P) students.

In addition, from the perspective of the generation that wants to build, we are proud to have instilled the desire for female students to venture into the same field and pursue their dream of studying in the ivory tower. Although we were there for a moment, the 1001 inputs and outputs we received were from Sri Aman SMK (P) students, and their teachers also contributed to our experience managing Community Connection projects.

Finally, the proceeds from the project to SMK (P) Sri Aman is a project that has had a positive impact on many parties, including our own, our lecturer Dr. Puah. We hope that the initiatives of all the committees have made a significant return and the success of this project has given us great satisfaction.


Comments

Popular posts from this blog

SMK LEMBAH SUBANG PART 1

D-Day Aktiviti di SMK (P) Sri Aman

Social Engagement Videos