MOHAMAD KAMAL AYUZI BIN MOHAMAD SUKRI MIC190022

REFLECTIVE ESSAY
MOHAMAD KAMAL AYUZI BIN MOHAMAD SUKRI MIC190022 GROUP 1
Pada sem 2 ini,saya telah mengambil subjek jalinan masyarakat. Melalui subjek ini , saya bersama ahli kumpulan saya telah diberi tugasan untuk menjalankan sebuah program di SMK Lembah Subang. Tujuan saya menulis pada hari ini adalah untuk berkongsi pengalaman saya semasa terlibat dalam program ini. Seumur hidup saya, inilah kali pertama saya melibatkan diri dalam penganjuran sebuah program di sekolah. Sebelum program itu bermula, saya berasa amat gementar kerana saya diberikan tugas untuk melakukan demonstrasi dihadapan para pelajar yang tidak pernah saya kenali. Bagi saya, ini merupakan peluang yang baik untuk saya meningkatkan keyakinan diri meskipun saya berasa gementar.

Pada tarikh 6/3/2020 , semasa saya berada dihadapan para pelajar SMK Lembah Subang, saya dapat rasa bertapa gemuruhnya untuk bercakap di khalayak ramai namun begitu sepanjang saya berdemonstrasi saya dapat rasa keyakinan diri saya semakin meningkat. Semasa saya bercakap dihadapan, pelajar-pelajar tersebut cukup menyeronokkan dan amat memberi kerjasama yang baik.

Setelah tamat bahagian saya, saya berasa amat berpuasa hati dan lega. Ia merupakan pengalaman yang berharga buat saya di mana ia dapat membantu saya mengetahui bagaimana rasanya untuk bercakap dihadapan orang yang tidak pernah saya kenali.

Pada 13/3/2020 , saya pergi ke sekolah yang sama tapi pada kali ini saya ditugaskan untuk menguruskan kumpulan kecil. Pada mulanya, saya beranggapan bahawa ia tidak akan menjadi lebih mencabar daripada apa yang saya lalui pada hari pertama saya di sekolah itu.

Apabila tiba masanya untuk menjalankan tugas, saya menyedari bahawa ianya agak mencabar kerana saya lebih dekat dengan pelajar-pelajar tersebut dan mendapati bahawa setiap daripada mereka mempunyai karenah yang berbeza beza. Sejujurnya menguruskan kumpulan kecil pelajar adalah lebih sukar berbanding bercakap atau berdemonstrasi di hadapan kelas. Namun, ia tetap menjadi pengalaman yang berharga buat saya.

Setelah tamatnya program yang saya serta ahli-ahli lain adakan, saya berasa amat lega kerana saya berjaya menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan baik. Program seperti ini bukan sahaja dapat memberikan manfaat kepada para pelajar tersebut malah ia dapat mengajar saya cara-cara untuk berkomunikasi dalam masyarakat dan cara untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat sekeliling. Ia sememangnya pengalaman yang amat bermakna.

Comments

Popular posts from this blog

SMK LEMBAH SUBANG PART 1

D-Day Aktiviti di SMK (P) Sri Aman

Social Engagement Videos