NURUL FARHANAH BINTI HANUAR (MIC190042)

GIG1005 SOCIAL ENGANGEMENT
REFLECTIVE ESSAY
NURUL FARHANAH BINTI HANUAR (MIC190042)         DATE:28 APRIL 2020
        Jalinan masyarakat? Apa yang perlu aku lakukan dalam subjek ini? Bermacam-macam persoalan yang aku fikirkan tatkala aku mendaftar subjek ini. Tidak pernah aku terfikir yang subjek sebegini wujud di universiti. Apabila diberitahu kami perlu melakukan bengkel melawat ke sekolah-sekolah yang dipilih, aku mula gelisah. Masakan tidak kerana aku kuatir dengan kerja yang akan menggunung, aku takut pelajaran aku terabai. Namun, persepsi aku berubah sepanjang proses bengkel ini.

         Pada 5 Disember 2019, pelajar tahun pertama dan kedua berbincang bersama Dr. Puah dalam pertemuan pertama. Tidak ada apa yang aku bayangkan pada masa itu kerana subjek ini masih kabur dalam fikiran aku. Dr. Puah memberi penerangan ringkas berkenaan subjek Jalinan Masyarakat dan berkaitan bengkel yang akan kami laksanakan. Pada masa itu aku mula dapat bayangkan aturan kerja untuk subjek ini. Pelajar tahun pertama dibahagikan kepada dua kumpulan. Aku berada dalam kumpulan kedua. Setiap kumpulan pula dibahagikan tugasan seperti jawatankuasa pengangkutan, multimedia dan hadiah.

         Dr. Puah sentiasa memberi kami panduan menerusi e-mel tentang projek yang akan kami laksanakan. Semasa cuti semesta pertama, kami ditugaskan untuk menyiapkan modul dan kuiz bagi projek ini. Kumpulan kami dipertangungjawabkan modul ‘Microbes and Hygiene’ dan sekolah yang menjadi destinasi tuju kami ialah SMK Seri Pantai. Lakaran idea bagi modul ini secara jelasnya telah diberikan oleh Dr. Puah, jadi proses menyiapkan modul berjalan dengan lancar dan kami berpuas hati dengan hasil kerja modul kami.

         Bengkel pertama kami diadakan pada 13 Mac 2020 di bilik seminar pertama Bersama-sama Dr. Puah dan Dr. Kee. Walaupun bengkel ini diadakan pada hari Jumaat, namun kami disediakan dengan pelbagai aktiviti yang menarik berkaitan dengan modul kami. Dr. Puah memberi penerangan ringkas berkaitan aktiviti yang perlu kami lakukan. Beliau menyediakan pembentangan tentang aktiviti yang telah dilakukan oleh kumpulan satu. Secara jujurnya, saya sangat bersyukur kerana ditugaskan modul ‘Microbes and Hygiene’ kerana tajuk berkaitan bakteria sangat menarik. Semasa bengkel, kami diberikan peluang untuk membuat mikroskop sendiri iaitu Folscope. Kami memerhati slaid yang disediakan menggunakan Folscope. Untuk sesi seterusnya, kami dibahagikan kumpulan mengikut bakteria seperti Streptococcus, E. coli, Salmonella dan bermacam lagi. Kami disediakan belon yang mempunyai bentuk seperti bakteria yang ditetapkan. Sesi berikutnya adalah untuk melihat jarak penyebaran bakteria melalui bersin. Kami dibekalkan penyembur air warna dan kertas mahjong putih. Dalam sesi ini, kami dapat melihat sejauh manakah bakteria dapat tersebar sekiranya kita bersin tanpa menutup tangan dan tidak. Aktiviti terakhir adalah untuk melihat penyebaran bakteria melalui salaman menggunakan serbuk fluorescent dan cahaya UV. Melalui aktiviti ini, jelaslah cara untuk memberhenti penyebaran bakteria ialah dengan membasuh tangan. Aku mula terfikir, aktiviti-aktiviti menarik ini pasti dalam menarik minat pelajar di SMK Seri Pantai.

           Namun begitu, pada 18 Mac 2020, kerajaan telah mengeluarkan perintah kawalan pergerakan susulan penularan pandemik COVID-19. Hasrat projek ke SMK Seri Pantai terpaksa dibatalkan walaupun pelbagai persiapan telah dilakukan. Aku berasa amat kecewa namun demi keselamatan dan kesihatan sejagat wajarlah dipatuhi. Projek ini telah ditukar kepada kaedah alterbatif sewaktu perintah kawalan pergerakan dilaksanakan. Kami ditugaskan untuk menyediakan video membasuh tangan mengikut panduan daripada World Health Organization (WHO), 2 poster infografik berkaitan membasuh tangan dan COVID-19. Aku ditugaskan untuk menyiapkan poster infografik berkaitan cara membasuh tangan dengan betul. Walaupun poster tidak terpilih namun, rakan-rakan kumpulan saya telah menyediakan poster yang lebih menarik dan berinformatif. Kami juga menyediakan tinjauan berkaitan pengetahuan dan etika membasuh tangan dalam kelangan pelajar Bioperubatan menerusi aplikasi Google Forms. Setiap ahli kumpulan berkerjasama dalam menyiapkan tugasan yang diberikan walaupun berada jauh antara satu sama lain. Justeru, kami sangat berpuas hati dengan hasil kerja kami.

           Secara konklusinya, tujuan subjek ini kian jelas dalam pandangan aku. Pada mula aku sangat skeptikal tentang keseronokan subjek ini. Namun, kini banyak yang aku pelajari. Kekecewaan tidak dapat meneruskan projek ini di SMK Sri Pantai masih jelas dirasai oleh setiap ahli kumpulan kami, namun setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Pandemik COVID-19 telah melahirkan rasa takut dan risau seluruh rakyat Malaysia. Oleh itu, amat wajarlah langkah pihak kerajaan untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan susulah kes yang berlaku semakin meningkat hari demi hari. Namun, dengan adanya kaedah alternative ini, kami dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar Bioperubatan menerusi pengemaskinian di blog. Jutaan terima kasih juga saya ingin lakarkan kepada pelajar yang sudi menjawab soalan dalam tinjauan yang kami laksanakan menerusi aplikasi Googl Forms.

          Susulan pandemik COVID-19, pelbagai langkah yang telah diambil bagi mengurangkan penularan pandemik ini seperti memakai topeng muka, jauhkan jarak pergaulan sosial dan membasuh tangan dengan sabun. Bagi mereka yang mempunyai simptom-simptom COVID-19 dinasihatkan untuk segera menjalankan pemeriksaan kesihatan di hospital berhampiran. Bagi mereka yang tiada urusan yang mustahak dinasihatkan untuk tinggal di dalam rumah dan mengamalkan kebersihan diri dengan betul. Kerjasama dari pelbagai pihak amatlah diperlukan untuk sama-sama kita membanteras penularan pandemik COVID-19 ini. Aku bersyukur yang aku dilahirkan pada era serba moden ini kerana informasi berkaitan kebersihan masih dapat disebarkan walaupun jarak sosial perlu direnggangkan. Tiada alasan untuk tidak berkongsi ilmu. Justeru, aku sangat berharap bahawa kita dapat menjaga kebersihan diri dengan betul sepanjang hayat kita.

(810 patah perkataan)

Comments

Popular posts from this blog

SMK LEMBAH SUBANG PART 1

D-Day Aktiviti di SMK (P) Sri Aman

Social Engagement Videos