Ooi Jin Kiak ( MIC 180040)
GIG 1005 JALINAN MASYARAKAT
Karangan Refleksi
Ooi Jin Kiak ( MIC 180040) Tarikh: 20 Mac 2020
Pada zaman ini, ilmu pengetahuan telah menjadi betapa pentingnya dalam kehidupan kita. Tanpa ilmu pengetahuan yang tinggi, kita tidak dapat bersaing dengan orang-orang lain yang lebih berilmu seperti dalam process pembelajaran serta dalam bidang-bidang pekerjaan. Kami sebagai mahasiswa-mahasiswi Universiti Malaya memahami kepentingannya ilmu pengetahuan dalam kehidupan kita telah mengikuti program jalinan masyarakat iaitu ingin menyampaikan ilmu pengetahuan yang berharga kepada pelajar-pelajar sekolah menengah.Pertama sekali, kami merupakan pelajar tahun kedua dalam kursus Sains Bioperubatan dan telah melangsungkan activiti berkaitan dengan DNA di sekolah menengah (P) Sri Aman pada 28 Februari 2020 agar pelajar-pelajar tersebut dapat memanfaatkannya. Saya berasa amat teruja dan berasa tidak bersabar-sabar ingin berkongsikan pengetahuan yang saya ada dengan pelajar-pelajar sekolah menengah tersebut.
Sebelum kami melancarkan activiti di sekolah tersebut, kami (36 pelajar) telah menjalani latihan atau “workshop” tentang langkah-langkah mengekstrakan DNA yang diiringi oleh Dr Puah dan beberapa orang pelajar pascasiswah. Dr Puah telah menyedarkan kertas-kertas langkah untuk mengekstrakan DNA dan pelajar pascasiswah telah menerangkan setiap langkah tersebut dengan sebab. Saya berasa amat terkejut dan gembira apabila saya dapat melihat pengumpulan DNA muncul selepas pertambahan alkohol. Pada 28 Februari 2020, saya berasa amat terangsang untuk pergi ke sekolah tersebut sehingga saya kurang menumpukan perhatian semasa kelas Dr Chai.
Kira-kira pada pukul 12, kami pun bertolak dari UM menuju ke Sekolah Menengah (P) Sri Aman dengan menaiki “grab car”. Perjalanan tersebut memakan hanya kira-kira 20 minit. Akhirnya, kami pun sampai di sekolah itu, denyutan jantung saya semakin kuat seperti ingin melompak keluar dari badan saya. Saya menarik nafas yang panjang semata-mata ingin menenangkan emosi saya yang terlampau teruja ini. Saya merupakan ketua kepada kumpulan 2 (tahun kedua) yang menangani program tersebut. Pertama, kami telah mengenapastikan dimananya lokasi dewan sekolah daripada pakcik sekuriti yang peramah itu. Seterusnya, kami telah menyediakan dan memasangkan PA system yang sedia ada dengan bantuan guru dan pelajar. Saya berasa amat merindui sekolah menengah saya yang dulu apabila melihat kawasan sekolah itu, banyak memori yang gembira dulu tiba-tiba muncul dalam peringatan saya seperti saat yang saya belajar dalam kelas, saat yang saya berborak gembira dengan kawan-kawan dan sebagainya. Kira-kira pada pukul 1 petang, 40 pelajar yang terlibat pun sampai di dewan. Selepas itu,seminar memperkenalkan Sains Bioperubatan dan DNA telah dibentangkan oleh rakan-rakan saya iaitu Jay dan Piqa. Kelihatannya para pelajar berminat terhadap topic yang kami bentangkan, mereka memberikan perhatian yang sepenuhnya dan mencatatkan ilmu yang dikongsikan ke dalam book nota. Aktiviti diteruskan dengan sesi praktikal, semua pelajar sekolah tersebut dan fasi-fasi bergerak ke makmal biologi untuk menjalankan eksperimen mengekstrekan DNA dari pipi masing-masing dan juga buah-buahan. Kelihatan para pelajar sekolah itu sangat aktif sepanjang eksperimen dijalankan, mereka kuat bertanya soalan kepada para fasi apabila terdapatnya keraguan. Amir dan Anne telah memimpin mereka melakukan eksperimen tersebut langkah demi langkah. Saya pula bertugas menangkap gambar dan juga menjaga masa agar setiap sesi program itu dijalankan mengikuti jadual yang telah ditentukan. Saya juga tidak melepaskan peluang untuk berkomunikasi atau bersembang dengan para pelajar, saya cuba menerangkan sebab-sebab setiap langkah dalam pengekstrakan DNA. Betapa seronok dan puas apabila saya berkongsi ilmu dengan mereka.
Kemudian, adalah saat yang dinanti-nantikan oleh para pelajar sekolah iaitu sesi kuiz ,pelajar-pelajar akan mendapat hadiah-hadiah yang kami sediakan jika dapat menjawab soalan yang dikemukan. Saya berasa sangat terkejut dengan reaksi para pelajar, mereka berebut-rebut mengangkatkan tangan untuk menjawab soalan. Situasi agak “high” sebab penuh dengan jerit-jeritan dan suara-suara para pelajar, saya berasa amat gembira apabila saya melihat mereka melibatkan diri dalam aktiviti ini dengan begitu aktif sekali. Kira-kira pada pukul 3.45 petang, aktiviti tersebut pun tamat, kami telah menangkap gambar dengan para pelajar ,guru-guru sekolah sekali dengan Dr Puah dan Dr Chai. Selepas sesi bergambar maka tamatlah aktiviti sepangjang hari ini. Kelihatan ramai pelajar sekolah berasa berat hati dengan kami lalu meminta untuk “selfie” bersama-sama. Tepat pada pukul 4.30 petang, kami pun bertolak balik ke tempat kediaman masing-masing dengan penuh berat hati.
Akhir kata, saya berasa aktiviti yang dilancarkan ini amat bermakna bagi saya kerana dapat memanfaatkan para pelajar sekolah dengan menyampaikan pelbagai ilmu pengetahuan kepada mereka. Selain itu, mereka juga merupakan harapan negara pada masa hadapan, bak kata pepatah “pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”, jadi kita janganlah mementingkan ilmu pengetahuan kita untuk berbakti kepada komuniti atau masyarakat ini. Ini barulah matlamat sebenar program jalinan masyarakat dijalankan dalam kalangan mahasiswa-mahasiswi. Saya berasa sangat puas dan amat gembira selepas aktiviti dilancarkan dan saya berharap saya berpeluang menjalankan aktiviti sebegini lagi kelak. (726 perkataan)
Comments
Post a Comment