NURUL SHAFIKA (MIC180037)
PENULISAN REFLEKTIF
i. Fasa Perancangan 26/2/2020 (Rabu)
Pada petang ini saya dan rakan sejurusan mempunyai aktiviti ‘workshop’ yang bertujuan untuk membuat persediaan untuk aktiviti-aktiviti yang akan kami lakukan bersama-sama murid-murid sekolah pada hari Jumaat nanti. Kami bermula dengan pembahagian tugas dan kumpulan mengikut kumpulan yang akan kami bentuk bersama murid-murid sekolah tersebut. Kumpulan kami mempunyai 18 orang dan kami membentuk tujuh kumpulan yang terdiri daripada dua orang yang bertindak sebagai fasilitator. Baki empat orang kami bahagikan kepada dua orang yang bertanggungjawab mengadakan seminar dan dua orang menjaga bahagian multimedia dan fotografi.
Saya bertugas di bahagian multimedia dan fotografi. Kami akan membuat aktiviti berdasarakan ketetapan modul 3 yang bertajuk “The Secret of Life: DNA”. Lebih dikenali sebagai “Introduction of DNA” kerana kami akan memperkenalkan dan memberi sedikit pengetahuan lebih mendalam tentang DNA yang murid-murid sekolah tersebut. Rakan-rakan saya yang akan menjadi fasilitator pada hari kejadian semuanya bertungkus-lumus berlatih untuk membuat eksperimen “DNA Extraction” dan bersedia untuk memberi penerangan kepada murid-murid sekolah nanti terutamanya yang akan bercakap untuk seminar nanti. Walaupun saya tidak menjadi fasilitator, saya juga cuba untuk melakukan eksperimen tersebut dengan betul.
ii. Fasa Semasa 28//2/2020 (Jumaat)
Pada tengah hari Jumaat yang cerah dan disinari matahari terik ini, saya dan rakan-rakan dari Jurusan Sains Bioperubatan UM telah pergi ke Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sri Aman yang terletak di Petaling Jaya. Sekolah ini merupakan sekolah yang hanya mempunyai pelajar perempuan sahaja dan juga merupakan sebuah sekolah taraf Kluster. Lawatan ini sebenarnya ialah tugas Kumpulan 1, tetapi Kumpulan 2 juga turut menyertai aktiviti kami hari ini untuk membantu melancarkan aktiviti.
Sesampainya kami di hadapan pintu pagar sekolah, kami terus ke dewan besar untuk membuat persiapan seperti memasang ‘slideshow’ di projector dewan tersebut untuk menguji terlebih dahulu sebelum terjadi apa-apa masalah. Kami juga sempat berbincang dahulu tentang tugas masing-masing dan jadual kami pada hari tersebut untuk memastikan kami semua jelas tentang tugas dan masa yang diperuntukkan pada kami digunakan sepenuhnya. Kira-kira jam 1:30 petang, murid-murid yang terlibat mula memenuhi kerusi dewan. Aktiviti bermula dengan seminar di mana Syafiqah dan Rajwa akan memberi penjelasan ringkas tentang DNA berdasarkan slideshow yang telah disediakan. Murid-murid perempuan tersebut yang saya sangka akan ada yang tidur dan bersembang ternyata memberikan tumpuan sepenuhnya ditambah dengan menulis nota di buku nota mereka sendiri tanpa disuruh. Sehinggakan ada yang menyuruh Syafiqah dan Rajwa untuk bercakap dengan lebih kelajuan yang lebih perlahan kerana mereka mahu menyalin ‘slide’ di hadapan mereka. Mungkin mereka menjadi lebih bersemangat kerana kami memberitahu bahawa akan terdapat sesi kuiz yang menyediakan hadiah kepada sesiapa yang menjawab soalan dengan betul. Di penghujung seminar, kami semua bergambar bersama dahulu di dewan seandainya kami tidak sempat bergambar di hujung program kerana masa yang kami ada agak singkat.
Selepas sesi seminar, kami bergerak ke surau sekolah untuk menunaikan solat fardhu Zuhur. Kemudian, kami terus bergerak ke makmal Biologi untuk eksperimen “DNA Extraction”. Eksperimen ini terbahagi kepada dua iaitu mengasingkan DNA dari mulut sendiri dan DNA buah-buahan yang telah kami sediakan. Setelah membentuk tujuh kumpulan yang terdiri dari dua orang fasilitator dan dalam enam atau tujuh orang murid, Anne dan Amir memberikan sedikit penerangan tentang eksperimen tersebut. Ketika eksperimen sedang dijalankan, terdapat pelbagai kerenah dan gelagat murid-murid sekolah tersebut. Saya yang menjalankan tugas sebagai jurukamera sempat merakam dan mengambil gambar-gambar kelakar mereka seperti wajah-wajah berkerut mereka semasa berkumur dengan air garam sebagai langkah awal untuk mengeluarkan DNA dari dalam mulut mereka. Mereka sangat bersemangat dan tidak malu bertanya pelbagai jenis soalan termasuklah tentang kehidupan di universiti. Mereka juga sangat aktif dan menunjukkan minat dengan eksperimen tersebut. Mereka teruja dengan hasil eksperimen itu dan semua kumpulan berjaya menyiapkan eksperimen pertama.
Untuk eksperimen kedua iaitu mengasingkan DNA buah-buahan yang berbeza. Kami mengagihkan satu buah dalam satu kumpulan. Terdapat kumpulan yang mendapat buah kiwi, buah betik, buah pisang dan lain-lain. Mereka sangat bersemangat untuk menghancurkan buah tersebut yang diletakkan dalam plastik kerana itu adalah langkah pertama. Ada yang menggunakan penumbuk sendiri, botol air dan sebagainya.
Saya langsung tidak sangka bahawa mereka akan sangat berminat dengan eksperimen yang agak mudah bagi mereka ini. Bagus juga sekali-sekala dapat bergaul dengan murid-murid sekolah yang sentiasa berfikiran positif di samping gelagat mereka yang mengingatkan saya pada zaman sekolah saya dahulu. Walaupun terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, mereka berkawan dengan semua orang dan tidak ada pun yang duduk dengan sebangsa sahaja, tidak seperti apa yang saya lihat di universiti, kebanyakannya hanya akan rapat dengan rakan-rakan sebangsa sahaja. Mereka langsung tidak kekok bersembang dengan kami yang lebih tua kerana mereka masih menunjukkan rasa hormat kepada kami walaupun kami mahu bergaul seperti kawan sebaya sahaja. Saya seronok mengambil gambar interaksi sesame mereka dan dengan rakan-rakan saya.
Selepas tamat sesi eksperimen, kami meminta murid-murid semua mengemas peralatan dan membasuh semua perkakas yang digunakan. Laju sahaja mereka membuat kerja, beratur di sink untuk membasuh perkakas dan membuang sampah Setelah keadaan kembali tenang, mereka semua duduk di tempat masing-masing kembali untuk sesi kuiz. Rajwa, yang akan mengacarakan sesi ini mula memberi kata-kata aluan dan syarat-syarat untuk menjawab. Sekali lagi, saya melihat mereka semua sungguh bersemangat mengangkat tangan bagi menjawab soalan yang diajukan di slide dihadapan. Boleh saya katakan bahawa setiap kali soalan habis dibaca, mereka semua mengangkat tangan bersungguh-sungguh untuk dipilih memberikan jawapan mereka.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa masalah teknikal yang kami hadapi seperti pilihan jawapan yang disediakan tidak ‘tally’ dengan soalan, kekeliruan dalam menentukan jawapan yang betul dan salah memberi jawapan kepada murid-murid. Di sini saya dapat simpulkan bahawa kami tidak membuat persiapan secukupnya untuk sesi kuiz. Sepatutnya kami cek dahulu semua soalan dan pilihan jawapan serta jawapan yang betul supaya kami tidak mengajar benda yang salah kepada murid-murid tersebut.
Ketika kekacauan ini berlaku, mujur ada Dr. Chai dan Dr. Puah yang dating menyelamatkan keadaan dengan memberi penjelasan yang lebih benar tentang soalan dan jawapan kuiz itu. Tetapi saya dapat merasakan dari riak wajah pensyarah-pensyarah kami ini, mereka kelihatan kecewa dengan kami dan perasaan bersalah dalam diri kami mula mencanak-canak apabila setelah habis aktiviti, Dr. Chai dan Dr. Puah menyuruh kami membuat refleksi tentang apa yang patut kami buat agar perkara seperti itu tidak berlaku lagi.
Kemudian, selepas tamat sesi kuiz, kami mengagihkan borang ‘feedback’ yang memberi ruang kepada murid-murid yang terlibat itu untuk memberi komen dan mencadangkan penambahbaikan kepada program yang kami adakan tersebut. Bagi mengakhiri program, pensyarah-pensyarah telah menerima cenderahati dari pihak sekolah dan kami semua bergambar bersama-sama sekali lagi sebagai tanda kenang-kenangan.
iii. Fasa Selepas
Setelah tamatnya program kami ada hari itu, kami berkumpul bersama dan melakukan sesi post-mortem bagi membincangkan isu-isu yang berlaku semasa program. Dapat saya lihat terdapat beberapa rakan saya yang mahu menyalahkan mereka yang menyiapkan set soalan kuiz serta tidak cek dahulu soalan yang bakal diberikan. Rakan saya yang bertanggungjawab serta-merta memohon maaf dan menyesali di atas setiap kesulitan yang telah berlaku. Namun pada pendapat saya, kami semua bersalah di atas setiap masalah yang berlaku kerana kami semua bertanggungjawab dalam memastikan program berjalan lancar.
Kami juga meminta maaf kepada pensyarah-pensyarah kami yang terlibat. Petang itu juga mula mendung tanda mahu hujan berbanding tengah hari tadi yang panas terik dan kami bergegas menempah ‘grab car’ untuk kembali ke universiti. Kini kami hanya perlu menyiapkan laporan untuk dihantar kepada pensyarah.

Comments
Post a Comment