Amira Farhana Binti Hafizan (MIC190005)

        
        GIG1005 SOCIAL ENGAGEMENT 

Reflective Writing

Amira Farhana Binti Hafizan (MIC190005)                                                   17 MARCH 2020


Perkara yang baik jika dikongsi bersama akan menjadi lebih baik. Apatah lagi jika berkongsi ilmu, sudah semestinya berkali ganda kelebihan pada semua pihak. Selama dua hari, saya bersama kumpulan saya telah menjalankan aktiviti Jalinan Masyarakat di Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Subang. Program ini merupakan salah satu penilaian kami untuk subjek Jalinan Masyarakat. 

          Perjumpaan awal bersama pensyarah, pelajar tahun pertama dan tahun kedua jurusan Sains Bioperubatan telah diadakan bagi membincangkan tentang program ini secara menyeluruh.Saya berasa amat teruja kerana melalui program ini saya dapat berinteraksi dengan pelajar sekolah dan berkongi ilmu dengan mereka.Seminggu sebelum hari tersebut, kami telah menjalani bengkel persediaan di fakulti, yang dilaksanakan oleh pelajar tahun dua dan pensyarah kami. Ini bagi menguatkan lagi asas pengetahuan kami supaya program kami di sekolah nanti akan berjalan dengan lancar. Kami juga telah mengagihkan tugasan kepada semua ahli kumpulan. Saya dan beberapa lagi kawan ditugaskan untuk menguruskan hadiah. Kami telah membeli dan membalut hadiah, untuk diberikan kepada pelajar yang berjaya menjawab soalan kuiz dengan betul.

             Pada 6Mac yang lepas, kami telah pergi ke SMK Lembah Subang menggunakan perkhidmatan Grabcar. Perjalanan hanyalah 15km dari UM. Setibanya di sana, kami telah diberikan taklimat awal oleh Penasihat Program, Dr.Puah tentang perjalanan program (The Secret Life of DNA). Program bermula dengan amat lancar dan teratur. Pelajar yang terlibat adalah dari Tingkatan Empat Perakaunan. Sepanjang pembentangan, sesetengah pelajar kelihatan keliru dan hilang fokus. Walaupun begitu, mereka kembali aktif dan bersemangat semasa sesi ‘hands-on’ di mana kami(fasilitator pelajar) mengajar dan mendemonstrasikan cara untuk mengekstrak DNA daripada sel pipi dan sel buah-buahan. Mereka amat teruja dan gembira semasa melakukan eksperimen tersebut. Saya berasa amat bangga kerana walaupun mereka bukan pelajar aliran Sains Tulen, mereka menunjukkan minat dalam bidang ini.
          
           Pada 13Mac, kami sekali lagi hadir ke SMK Lembah Subang untuk membentangkan modul kedua iaitu ‘DNA Fingerprinting Lab’. Kali ini kami telah mengajar beberapa ‘energizer’ kepada pelajar T4 supaya dapat mengawal fokus mereka. Pembentangan dan sesi ‘hands-on’ berlangsung dengan lancar. Pelajar agak sukar memahami konsep Gel Electrophoresis tetapi mereka gigih untuk menyelesaikan tugasan. Fasilitator tidak putus asa untuk memberikan penerangan lanjut sehingga semua pelajar memahami konsep GE ini.

Comments

Popular posts from this blog

SMK LEMBAH SUBANG PART 1

D-Day Aktiviti di SMK (P) Sri Aman

Social Engagement Videos